I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 19 April 2011

ikhsan dan ibadah


 


 Soalan L15.1: Apakah dimaksudkan dengan ihsan. 
 Jawapan:
Melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan perkataan lain bahawa:
  • Allah melihat apa yang anda lakukan
  • Allah mendengar apa yang anda perkatakan
  • Allah mengetahui apa yang anda fikirkan.
 
 Soalan L15.2: Sebutkan sifat utama dalam ihsan. 
 Jawapan:
Sifat utama dalam ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah.
 
 Soalan L15.3: Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang-orang yang berbuat ihsan?. 
 Jawapan:
Kebaikan yang diperolehinya ialah:
  1. Allah sentiasa mengasihinya.
  2. Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
  3. Allah mengampuni dosanya.
  4. Allah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.
  5. Allah memberi ganjaran pahala.
  6. Jaminan masuk kesyurga.
 
 Soalan L15.4: Apakah konsep ihsan?. 
 Jawapan:
Konsep ihsan ialah:
Melakukan sesuatu ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul, dengan cara yang terbaik, mengikut peraturan serta IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH.
Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia. Menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan harmoni.
 
 Soalan L15.5:
Nyatakan maksud ihsan;
  • dalam ibadat
  • dalam pekerjaan
  • terhadap diri sendiri
  • terhadap sesama insan
  • terhadap binatang
  • terhadap alam sekitar
 
 Jawapan:
  1. Ihsan dalam ibadat ialah: Bersungguh-sungguh dan khusyu' dalam mengerjakan ibadat seperti bangun di tengah malam untuk melakukan solat tahajud.
  2. Ihsan dalam pekerjaan ialah: Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun, cekal dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan berkualiti.
  3. Ihsan terhadap diri sendiri ialah: Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan mendedahkannya kepada segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah, berjudi, zina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad.
  4. Ihsan terhadap sesama ihsan ialah: Melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti, memberikan pertolongan, bersikap adil, belas kasihan dan berperi kemanusiaan.
  5. Ihsan terhadap binatang ialah: Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas dalam nature dan habitatnya. Jika melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik seperti menggunakan pisau yang tajam.
  6. Ihsan terhadap alam sekitar ialah: Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih dari segala bentuk kekotoran, pencemaran dan kerosakkan. Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah untuk dinikmati dan didiami.

Sam'iyat


Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah
Contoh2 perkara sam’iyat:
1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah
Semasa mengajar tajuk Sam’iyat ini di dalam kelas tahun 6 ada seorang murid bertanya JIN, SYAITAN dan HANTU tu termasuk dalam perkara2 sam’iyat ke ustazah? Ustazah menjawab “YA”.. kerana JIn , Syaitan itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya dengan izin Allah swt sahaja ada sesetengah orang yang mampu melihat dan bercakap dengan makhluk tersebut, Wallahu’alam…