I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 23 March 2011

hipokrit....

aku benci orang hipokrit..aku tak suka pura2..bermuka-muka..dalam hidup kita sng jer..klu kita hidup mcm tu hidup mcm tu kita takkan dpt kebahagian....
aku selau berpegang pada satu ayat nih...
kalau kita selalu amik hak orang,nescaya suatu masa nnt pasti orang akan amik hak kita..samada pembalasan nya sedikit atau lbih,bergantung pada kelakuan kita...
pada aku hipokrit ni dtg biler terpaksa atau mmg tabiat...sbb nk cover diri sendiri seseorang tu perlu hipokrit..tp terpikirkah orang itu,apa guna klu hipokrit?andai diri sendiri perlukan tunjuk ajar dan nasihat...tak guna berlagak pandai dan confident,klu dh tahu diri tak der ilmu itu.....

KAMIL ZON 1 2011

Assalamualaikum wbt.....
Harap semua yang dah buka blog ni berpuas hati la dengan apa yang disediakan...
Pihak kami akan menambahkan sedikit pengetahuan dan perkongsian ilmu serta akan menambah baik kan dari semasa ke semasa....

Seperti sedia maklum, 9 April ni adalah tarikh amal islami zon 1 akan berlangsung....
Rasanya masing-masing telah bersedia dan mengetahui tempat berlangsungnya program tersebut...
Setelah bermesyuarat, ada sedikit perubahan yang telah berlaku, di mana sebelum ini telah dimaklumkan Sekolah Rendah Agama Kg. Medan akan menjadi hos bagi acara tersebut.......

Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, program tersebut terpaksa dipindahkan ke
Sekolah Rendah Agama Sijangkang.......

Diharapkan atas sedikit kesulitan ini, seluruh peserta yang terlibat dengan KAMIL ZON 1 2011 tidak berpatah semangat, sebaliknya menggiatkan usaha anda untuk terus lebih maju....

Lakukan yang terbaik... Doa guru-guru mengiringi perjalanan anda semua......
Insya Allah kalian akan berjaya...........

Tuesday, 22 March 2011

Kedudukan Islam mesti dipertahan


Usaha ketepi agama rasmi dalam Perlembagaan patut dihalang


AGAKNYA masih ramai antara kita yang masih ingat kepada simpulan bahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Simpulan bahasa ini memberi kita peringatan di dalam menguruskan kehidupan – supaya kita tidak tamak ketika mengejar sesuatu yang belum pasti. Ia juga memberi panduan supaya kita sentiasa berhati-hati menjaga apa yang kita ada dan berbahagia dengan apa yang sedang kita nikmati. 

Banyak lagi simpulan bahasa seumpama itu yang kita warisi bagi di jadikan panduan dalam kehidupan – umpamanya, jangan terhantuk baru terngadah, sediakan payung sebelum hujan, nasi sudah menjadi bubur dan sebagainya. Tetapi apa relevannya simpulan bahasa Melayu pada zaman moden ini?
Dalam banyak keadaan, ramai antara kita yang tidak sedar mengenai bertuahnya kita dengan apa yang kita miliki. Dalam masyarakat kita, ada yang tertinjau-tinjau di tempat lain untuk menambah baik. Saya tidak nafikan keperluan ini dan ini tentunya digalakkan kerana kita perlukan pembaharuan untuk menambah kualiti dalam kehidupan.
Tetapi ada kalanya dalam melakukan itu, kita lupa apa yang kita kendong, kita biarkan ia keciciran; kita tidak menoleh ke belakang untuk melihat dan menilai apakah yang telah tercicir – sama ada ia sesuatu yang penting ataupun tidak, atau, kita tidak peduli sekiranya apa yang tercicir itu telah diambil orang. 

Perlu kita ingat dalam mencari perkara baru – kita perlu mengenal dan menghargai apa yang kita kendong. Ini adalah perkara pertama yang perlu dilakukan. Kemudian barulah kita menilai apa yang baharu itu – apakah kebaikan dan apakah pula keburukannya. Ini kerana tidak semua yang baru akan dapat menggembirakan kita, walhal, banyak perkara di dalam kendongan kita telah terbukti memberi manfaat dan menggembirakan kita. 

Namun begitu, dalam realiti ada kalanya kita mengalami dilema dalam menentukan kebaikan dan keburukan kedua-duanya (yang lama dan yang baru itu). Di sinilah kita amat memerlukan ilmu, pengalaman kita sendiri dan juga pengalaman orang lain untuk membuat keputusan supaya apa yang kita kendong tidak tercicir dan pada masa yang sama kita akan mendapat apa yang kita kejar. 

Sekiranya Islam yang kita kendong di dalam Perlembagaan, maka wajiblah kita menjaga pengisytiharan Perlembagaan itu supaya ia tidak tercicir. Kita perlu menilai dan mengetahui baik dan buruknya serta ruang lingkup mengenai kedudukan Islam itu dengan ilmu dan mata hati. 
Janganlah disebabkan kekurangan ilmu dan pengetahuan, kita terikut-ikut rentak yang mahu mencicirkan Islam daripada Perlembagaan, sama ada rentak tersebut disandarkan atas tiket kebebasan beragama atau kesamarataan agama yang menjadi tajuk hangat ketika ini. 

Dalam berkata mengenai hak kebebasan beragama seperti dijamin Perlembagaan, ramai yang tidak mengambil perhatian mengenai Islam sebagai agama bagi negara ini. Perjuangan kebebasan beragama yang mengenepikan kedudukan Islam dan mengabaikan sensitiviti umatnya adalah suatu yang akan mencicirkan kedudukan Islam. Ini tidak harus berlaku. Tetapi amat malang sekiranya masyarakat Islam sendiri tidak tahu, leka, atau lupa mengenai apa yang dikendong di dalam Perlembagaan itu sehingga mereka tidak memberi peduli dan membiarkan ia tercicir. 

Perlu kita mengambil perhatian bahawa ciri-ciri kebebasan beragama yang disandarkan kepada Perlembagaan hendaklah dijalankan atas formula atau prinsip ‘aman dan damai’ seperti termaktub di dalam Perkara 3(1). Sekiranya amalan kebebasan beragama – iaitu kebebasan menganut dan mengamal sesuatu agama – tidak mengambil kira prinsip ‘aman dan damai’ ini, saya bimbang, kita akan tercicir sesuatu yang amat berharga, iaitu kestabilan dan ketenteraman. 

Ideologi kesamarataan antara agama juga akan mencicirkan Islam. Ideologi ini bukan saja bertentangan dengan prinsip agama itu sendiri, tetapi ia juga bertentangan dengan prinsip yang dikendong Perlembagaan. 

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah satu-satunya agama yang disebut dengan namanya yang jelas. Walaupun Perlembagaan mengiktiraf agama-agama lain, ia tidak menyebut agama-agama berkenaan dengan namanya. 

Signifikannya ialah, kita tahu apa yang dikendong oleh Perlembagaan dengan begitu tepat dan terperinci. Malah, kita tahu bahawa kewujudan peruntukan mengenai Islam di dalam Perlembagaan mempunyai kesan yang jelas, iaitu memberi pengisytiharan kepada pentingnya kedudukan Islam di dalam sistem negara ini. 

Ia juga memberi pengisytiharan Islam sebagai pengenalan kepada negara ini. 
Oleh itu, bersandarkan pengisytiharan ini, syiar Islam perlu jelas dan diperjelas. Syiar Islam perlulah menyerlah dan syiar ini tidak boleh dibayangi oleh agama lain. 

Idea meletakkan Islam pada tempat yang sama dengan agama lain akan memberi risiko ‘tercicir’ kepada agama Islam. 

Oleh itu, sebelum kita kehilangan atau keciciran, eloklah kita menjaga sesuatu milik kita sebaik mungkin, kerana setelah sesuatu itu tercicir atau hilang, belum tentu kita akan mendapatkannya kembali. Tidak mengapa sekiranya kita mendapat sesuatu yang lebih baik – tetapi itu belum pasti. 

Berkaitan Islam, eloklah kita mengukuhkan pengetahuan dan ilmu mengenai sistem, prinsip dan formula yang dikendong Perlembagaan supaya kita tidak tercicir elemen penting ini dan terngadah setelah terhantuk atau menyesal setelah nasi menjadi bubur. 

Penulis ialah Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa