I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 5 March 2011

Ujian Bulanan Pertama

Sudah bersiap sediakah anda semua??
pastikan anda telah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal..
ulangkaji pelajaran secukupnya....
Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Menghadapi Ujian Bulanan Kali Pertama kepada para pelajar Sekalian..
Semoga berjaya............ Aminnnnnnnn..

solat DHUHA

R
EZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.



Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba- Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan..

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.

Program Gotong Royong Perdana KAFA ( I ) As-Syarif 2011

Pada 26/2/2011, julung-julung kalinya Program Gotong-Royong Perdana berjaya dianjurkan dengan kerjasama banyak pihak. Antaranya, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Jabatan Kerja Raya(JKR), dan dengan bermurah hatinya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Pertubuhan Puteri Islam Malaysia (PPIM) menawarkan diri sebagai sukarelawan dan telah menghantar hampir 30 orang kerana permintaan yang amat tinggi untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. Selain itu, turut mencurah keringat bagi menjayakan program ini, termasuklah ahli Jawatankuasa Pembangunan sekolah yang diterajui oleh Tn. Hj Yunus B mansor juga turut tidak ketinggalan, Ahli Jawatankuasa Sekolah, serta guru-guru dan ibu bapa. Tidak ketinggalan segelintir pelajar yang tidak mahu ketinggalan menyertai program ini.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Tn. Hj Abidin B Basri (Cikgu Bidin) tentang pembahagian tugas serta  merasmikan progaram pada hari tersebut. 
kawasan yang terlibat dengan proses pembersihan ialah surau, bangunan sekolah, kawasan pagar sekolah, selain menanam pokok2 buah-buahan dan membina lanskap-lanskap pokok bunga dan mengecat tembok serta dinding sekolah... 

Manakala Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah Kuala Langat melakukan pembersihan di kawasan tanah kosong di kiri dan kanan kawasan pagar sekolah.

Gotong Royong ditamatkan jam 12.00tgh. Para peserta dihidangkan dengan makanan tengahari yang telah disediakan oleh pihak sekolah sebelum bersurai jam 1.00ptg. 

Pihak sekolah amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada setiap pihak yang memberikan bantuan dan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Semoga apa yang dicurahkan dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling khususnya bagi anak-anak komuniti setempat yang menimba ilmu di institusi ini





Sambutan Maulidul Rasul 1432H

Pada 19/2/2011 hasil daripada perbincangan pihak sekolah dan Masjid As-Syarif Taman Seri Telok Datok dalam tempoh seminggu sahaja, satu program yang berunsurkan Islamiah yakni menyambut salah satu Hari Kebesaran dalam Kalendar Islam. Sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah. Bertepatan sekali dengan tema tersebut, secara tidak langsung sebagai kesinambungan penganjuran program ini yang menjurus kepada kesepaduan seluruh pihak sekolah serta pihak masjid bagi menghimpunkan komuniti setempat untuk berkumpul meraikan hari kebesaran Islam ini disamping dapat mengeratkan sillaturahim.

Majlis dimulakan dengan acara perarakan di bawah pimpinan Us.Mansor bin Supardan. Bermula dari dataran sekolah dan melalui jejantas seterusnya melalui sisi jalan terus menuju ke Masjid As-Syarif Telok Datok. Lalu lintas dapat dikawal dengan lancarnya yang diberi kerjasama oleh Pegawai
Polis Di Raja Malaysia  yang merupakan pegawai perhubungan KAFA(I)As-Syarif Sendiri. Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan.
Setibanya di Masjid, para pelajar disambut oleh laungan selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad saw dan disambut meriah oleh AJK masjid serta segelintir penduduk Taman Seri Telok Datok yang sudi meluangkan masa bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Rawi dan Marhaban murid-murid sekolah dengan bimbingan Us.Mansor b. Supardan sekali lagi. Disamping itu, program ini telah dijalankan lebih awal sebenarnya dengan penganjuran melukis poster Maulidul Rasul mengikut kelas masing-masing. Kelas tahun 5 Umar telah memenangi kategori tahap Dua, manakala tahun 2 Hamzah telah memenangi kategori tahap 1.
Poster Kelas 5 Umar

Poster 4 Usman

Poster 6 Abu Bakar

Poster 3 Ali
Pada petang tersebut turut di lengkapkan dengan sedikit tazkirah daripada Us. Muhammad Hafizul daripada MISTIB. Dalam tazkirah tersebut secara umumnya berkisar tentang kelahiran Nabi Muhammad saw serta cabaran-cabaran sepanjang hayat baginda. Menjelang waktu asar tazkirah tersebut ditangguhkan dan terus mendirikan solat Asar secara berjemaah. sesudah itu, tetamu dan para peserta dijemput untuk menyantap jamuan yang telah disediakan sebelum majlis bersurai pada jam 5.30 petang. Secara keseluruhannya majlis ini berjaya. terima kasih kepada pihak masjid yang sudi mengadakan program bersama dengan pihak sekolah. Sesungguhnya kami telah dilayan dengan penuh bermakna sekali. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. saesungguhnya yang baik itu datan dari Allah s.b.t dan yang buruk itu atas kesilapan kita sendiri sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Sunday, 27 February 2011

Guru-guru main BOWLING??????

Us. Amin sebagai model bola Bowling




Pada 29/01/2011, hari Sabtu, seluruh warga JAIS bagi daerah Kuala Langat,termasuklah guru-guru KAFA(I)AS-SYARIF turut terlibat dalam menjayakannya.. Cukup meriah Banting Superbowl pada hari tersebut..
Majlis  perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr.Yunus  B. Hairi.
Sebanyak 13 kumpulan lelaki dan 34 kumpulan wanita telah berentap bagi merebut gelaran juara. pelbagai aksi dan ragam telah dapat dirakam.

Apa la yang Tuan Qodi tengok tu???
Us.Yati tengah semangat melontar bola tu..

yeahhhhhhhh... sampai x bola ni???
dah lame x test power.... zaman dolu-
dolu chek memang kaki bowling... 
kalo x pcaye.. tnye tuan qodi...

Acara berakhir jam 4.30 ptg.. Memang tak percaya punya kalau dapat tau
yang womens bowler dari KAFA(I)As-Syarif dapat NAIB JOHAN...
Tahniah diucapkan. Tahun depan kalau ada lagi kekalkan momentum tu ye...
Apa-apa pun hari tu memang enjoy.......





tak saba nye nak baling ni.
kmfom strike ni......


sekolah......... oh sekolah....

3 Januari 2011 yang lalu, sesi persekolahan 2011 telah bermula..
Sesi pendaftaran tahun 1 serta pembayaran sekolah bermula seawal 9.00 pg...
Pada tahun ini seramai 24 orang murid tahun 1 mendaftar..
dan sekarang telah menjadikan jumlah keseluruhan pelajar kekal seperti tahun lalu iaitu seramai 170 orang murid..

berikut adalah bilangan murid mengikut darjah....

Tahun 1   :   24
Tahun 2   :   36
Tahun 3   :   28
Tahun 4   :   35
Tahun 5   :   30
Tahun 6   :   17

Walaupun jumlah yang kurang memberangsangkan, kelas tetap berjalan seperti biasa...
semoga ditahun2 akan datang jumlah murid akan bertambah dengan pelbagai pendekatan yang akan dilakukan oleh pihak sekolah sepanjang tahun InsyaAllah............