I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 18 March 2011

SuperMoon: Fenomena Bulan dekat dengan Bumi


Tahun 2011, fenomena Supermoon atauLunar Perigee ini akan terjadi pada tanggal 19 Mac 2011

Fenomena Supermoon atau posisi bulan yang berada dekat dengan bumi. Orbit Bulan dalam jarak paling terdekat ini terjadi sekitar 2 dekade sekali.
Pada posisi ini Bulan akan nampak lebih besar. Oleh sebagian pakar astronom, fenomena yang terakhir terjadi pada 1993 ini diprediksi akan membawa bencana. Sebagian lain tidak terlalu mengkhawatirkan.

"Tak akan ada gempa bumi atau gunung meletus, jika memang itu terjadi, itu sudah ditakdirkan." ujar Pete Wheeler dari International Centre for Radio Astronomy, seperti dilansir News.com.au, Jumat 4 Maret 2011.

Kendati masih teka-teki,  namun sejarah pernah bencana di Bumi pernah terjadi saat fenomena lunar perigee, Misalnya, badai di New England 1938, banjir di Lembah Hunter tahun 1955, Bencana Siklon Tracy di tahun 1974, serta badai Katrina di 2005 diyakini juga terkait Fenomena SuperMoon.

Ilmuwan Bumi dan Planet dari Adelaide University, Dr Victor Gostin menyatakan ada kemungkinan korelasi antara gempa bumi berskala besar di dekat katulistiwa. "Bisa dianalogikan bahwa pasang surut air laut akibat gaya tarik bulan, dan pergerakan Bumi akibat gravitas Bulan dapat memicu terjadinya gempa bumi." ujarnya

Manusia bisa memprediksi dan beranalisa, namun alangkah baiknya semua dikembalikan pada takdirNYA.(c7/rdi)



Wednesday, 16 March 2011

Perbelanjaan buat kelambu Kaabah RM17.5 juta

KIRA-KIRA RM17.5 juta dibelanjakan membuat kiswah (kelambu Kaabah) di Makkah. Demikian diterangkan Ketua Hubungan Masyarakat pembuatan kelambu Kaabah, Khamis al-Zahrani, kepada rombongan kami yang melawat pusat tenunan itu, baru-baru ini. 

Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun. Lokasi pembuatan itu terletak di Masna' Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam. Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah.
Arab Saudi mula merencanakan pembuatan kiswah pada Muharam 1346 hijrah, pada zaman pemerintahan al-Malik Abdul Aziz Abdul Rahman al-Saud.
Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau. 

“Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta,” katanya. 

Pembuatan kiswah katanya, membabitkan mesin dengan kemampuan 9,986 benang per meter. 

“30 tahun lalu, kiswah dibuat dengan alat tenun, memakan masa lapan bulan, berbanding menggunakan mesin hanya mengambil masa lima bulan,” katanya. 
Replika pintu Kaabah disulam dan ditutup dengan kiswah berhiaskan pelbagai ayat suci al-Quran yang dibuat pada zaman Sultan Murad Khan 1410 hijrah. Pekerja menyulam benang emas dan perak serta memotong kiswah dan membentuk kaligrafi ayat al-Quran. 

Lokasi Masna' Kiswah terletak berhampiran Muzium Haramain, di mana setiap 1 Zulhijah diadakan upacara simbolik penyerahan kiswah kepada Ketua Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. 

Imam Masjidil Haram biasanya menghadiri upacara penyerahan kiswah pada upacara penyerahan 1 Zulhijah 1431 hijrah, yang dihadiri Imam Syeikh Mahir al-Mu'aykali. 

Pada upacara itu dilakukan penyerahan simbolik kunci pintu Kaabah kepada Dr Saleh al-Saiby, ahli waris pemegang kunci pintu Kaabah. Pemegang kunci sebelumnya ialah Abdul Aziz al-Saiby, beliau sudah meninggal dunia. 

Keluarga al-Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak zaman Quraisy lagi, iaitu sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul. 

Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam. 

Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang. 

Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu. Sebelum ini ia pernah ditenun di Mesir dan India tetapi didapati mudah luntur. 

Oleh itu, perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi). 

Peguam Syarie Menulis: Hak rayuan tak boleh disalah guna aniaya orang

Pihak tidak puas hati keputusan kena mohon mahkamah lebih tinggi semak semula kes 

TIDAK semua yang mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah memperoleh apa yang dituntut. Ada tuntutan ditolak atau diluluskan sebahagiannya saja dan selebihnya ditolak mahkamah. Pihak tidak berpuashati dengan keputusan itu boleh mengemukakan rayuan di mahkamah lebih tinggi.
Dalam kitab Nazariah Al-Da’wa, karya Muhammad Naim Abdul Salam, Jilid 1, memetik kisah Zubyah Al-Asad: “Apabila Sayidina Ali menjadi Kadi di Yaman, Sayidina Ali menjatuhkan hukuman bagi orang yang pertama masuk ke dalam lubang perangkap singa mendapat satu perempat diat, kedua satu pertiga diat, ketiga mendapat separuh diat dan keempat mendapat diat penuh.
Diat ini dikenakan kepada kabilah yang berasak-asak di sekeliling lubang perangkap singa tadi, kerana mereka menyebabkan orang pertama jatuh, diikuti yang kedua kerana ditarik oleh yang pertama. 

Orang ketiga pula ditarik orang kedua dan seterusnya menyebabkan semuanya mati. Yang pertama mendapat satu perempat kerana dia menyebabkan tiga kematian. Yang kedua mendapat satu pertiga kerana dia menyebabkan dua kematian. Yang ketiga mendapat separuh kerana dia menyebabkan satu kematian dan keempat mendapat diat penuh kerana dia tidak menyebabkan kematian sesiapa. 

Sebahagian kabilah ini tidak berpuas hati hukuman Saidina Ali. Mereka kemudian menghadap Rasulullah SAW memohon dilihat semula kes mereka dan hukuman dijatuhkan Saidina Ali disemak semula. Rasulullah SAW menyemak semula kes itu dan bersetuju dengan hukuman dijatuhkan Saidina Ali. 

Dalil ini membuktikan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, boleh merayu atau menyemak keputusan itu ke mahkamah lebih tinggi. 
Di negara ini, hirarki Mahkamah Syariah didahului Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan paling tinggi Mahkamah Rayuan Syariah. Keputusan Mahkamah Rendah Syariah perlu dirayu ke Mahkamah Tinggi Syariah, dan jika masih tidak berpuashati dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah. 

Bidang kuasa mendengar dan memutuskan rayuan ini diperuntukkan dengan jelas dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Mengambil contoh Seksyen 67 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) memperuntukkan: “Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan rayuan terhadap apa-apa keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya”. 

Seksyen 63 (1) Enakmen sama memperuntukkan bahawa: “Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau orang yang disabitkan dan rayuan itu boleh sama ada terhadap keputusan pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya. 

Manakala dalam (b) membabitkan bidang kuasa malnya (i) oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun dituntut itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit; (ii) dalam semua kes membabitkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; (iii) dalam semua kes berhubungan dengan nafkah orang tanggungan, oleh mana-mana orang terkilan dengan keputusan itu, dengan syarat tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang dibuat dengan persetujuan; (c) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberikan kebenaran untuk merayu”. 

Apabila ada pihak tidak berpuashati merayu, pihak satu lagi tidak perlu marah atau menyalahkan Mahkamah Syariah jika kesnya lambat dan tertangguh akibat rayuan dikemukakan pihak tidak berpuas hati itu. Kerana ia hak diberikan hukum syarak dan undang-undang kepada pihak yang berkenaan. Mahkamah hanya menjalankan kuasa diberikan syarak dan undang-undang. 

Walaupun hukum syarak dan undang-undang membenarkan pihak tidak berpuas hati membuat rayuan, namun janganlah hak ini digunakan pihak berkenaan untuk menzalimi pihak satu lagi. 

Contoh, dalam kes mahkamah membenarkan tuntutan fasakh isteri, kadang-kadang si suami membuat rayuan atas dasar semata-mata menganiayai isteri atau menggantung isteri tidak bertali, sedangkan pasangan ini tiada persefahaman dan tidak lagi tinggal sebumbung. Dalam keadaan ini, ia ditegah syarak, kerana menganiayai dan menzalimi sesama manusia. 

Allah berfirman bermaksud; “Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat keadilan dan kebajikan, memberi (hak yang sepatutnya) kepada kaum kerabat, dan (Allah) melarang kamu melakukan kekejaman dan kemungkaran. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar dapat mengambil pengajaran.” (Surah An-Nahl ayat 90). 

Sehingga kini, ada beberapa negeri di mana Mahkamah Rayuan Syariah masih belum bersidang kerana ketiadaan panel rayuan atau panel rayuan belum dilantik secara rasmi, yang memberi makna bahawa rayuan pihak terbabit tidak dapat didengar dan diputuskan. 

Keadaan ini perlu diselesaikan segera supaya umat Islam tidak melemparkan tohmahan kepada Mahkamah Syariah atas kelewatan itu dan tidak menzalimi pihak terbabit. 

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan boleh dihubungi melalui e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com. 

Malaikat Kecil Pada Hari Juamaat


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan
beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya
sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya
pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng
ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Tuesday, 15 March 2011

Positif Dan Negatif Malu


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

 
(al-Bukhari)




Huraian
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.



Persediaan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Zon 1 2011

Bagi menjana insan yang cemerlang dalam apa jua bidang, ia perlu dilentur semenjak di bangku sekolah lagi. Tidak semetinya hanya semata-mata tertumpu dalam bidang akademik, dari sudut kokurikulum juga turut diambil kira. Melalaui program-program KAMIL seperti acapkali dilangsungkan setiap tahun, ia mampu mengetengahkan bakat-bakat anak-anak didik warga JAIS khususnya.

KAFA ( I ) AS-SYARIF juga turut tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam segala bentuk aktiviti yang telah dianjurkan. Pada tahun ini, pihak sekolah telah bersepakat untuk menghantar peserta bagi setiap acara dipertandingkan kecuali acara "Kalam Jamai' atas dasar kekurangan peserta.

Namun usaha tetap dijalankan bagi mencuba nasib dalam apa jua acara yang diwakili. Latihan giat dijalankan bagi memantapkan apa yang telah dipelajari. Selepas cuti persekolahan nanti, latihan akan terus berjalan seperti biasa bagi mengatasi kekangan masa yang semakin mencemburui kita. Apapun, kita harapkan yang terbaik dari semua. Semoga apa yang dihajati akan dapat dicapai. Setidak-tidaknya keberanian murid-murid yang menyertai KAMIL pada tahun ini akan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk menonjolkan bakat mereka di tahun yang akan datang.


I made this
widget at MyFlashFetish.com.

Manfaatkanlah cuti sekolah anda dengan aktiviti - aktiviti yang berfaedah

Monday, 14 March 2011

Hebatnya Solat Kita


small-boy-standing-amid-worshipers-in-salat
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaahyang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.








Advertise Here

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

cuti sekolah bermula.

Alhamdulillah selesai sudah ujian bulanan pertama. Pelajar2 tentulah gembira sangat sebab disusuli dengan cuti sekolah. Bagi guru-guru pula, jangan lupe ye tande kertas2 ujian pelajar2. Ni la tugas seorang guru, walaupun diisytiharkan sebagai bercuti,namun kerja2 tetap berjalan. Besar betul pengorbanan guru2.. Anyway admin ucapkan selamat bercuti kepa semua warga KAFA ( I ) As-Syarif Telok Datok.. Manfaatkanlah cuti ini dengan aktiviti2 yang berfaedah.