Pada 19/2/2011 hasil daripada perbincangan pihak sekolah dan
Masjid As-Syarif Taman Seri Telok Datok dalam tempoh seminggu sahaja, satu program yang berunsurkan Islamiah yakni menyambut salah satu Hari Kebesaran dalam
Kalendar Islam. Sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah. Bertepatan sekali dengan tema tersebut, secara tidak langsung sebagai kesinambungan penganjuran program ini yang menjurus kepada kesepaduan seluruh pihak sekolah serta pihak masjid bagi menghimpunkan komuniti setempat untuk berkumpul meraikan hari kebesaran Islam ini disamping dapat mengeratkan sillaturahim.
Majlis dimulakan dengan acara perarakan di bawah pimpinan Us.Mansor bin Supardan. Bermula dari dataran sekolah dan melalui jejantas seterusnya melalui sisi jalan terus menuju ke Masjid As-Syarif Telok Datok. Lalu lintas dapat dikawal dengan lancarnya yang diberi kerjasama oleh Pegawai
Polis Di Raja Malaysia yang merupakan pegawai perhubungan KAFA(I)As-Syarif Sendiri. Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan.
Setibanya di Masjid, para pelajar disambut oleh laungan selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad saw dan disambut meriah oleh AJK masjid serta segelintir penduduk Taman Seri Telok Datok yang sudi meluangkan masa bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Rawi dan Marhaban murid-murid sekolah dengan bimbingan Us.Mansor b. Supardan sekali lagi. Disamping itu, program ini telah dijalankan lebih awal sebenarnya dengan penganjuran melukis poster Maulidul Rasul mengikut kelas masing-masing. Kelas tahun 5 Umar telah memenangi kategori tahap Dua, manakala tahun 2 Hamzah telah memenangi kategori tahap 1.
 |
Poster Kelas 5 Umar |
 |
Poster 4 Usman |
 |
Poster 6 Abu Bakar |
 |
Poster 3 Ali |
Pada petang tersebut turut di lengkapkan dengan sedikit tazkirah daripada Us. Muhammad Hafizul daripada MISTIB. Dalam tazkirah tersebut secara umumnya berkisar tentang kelahiran Nabi Muhammad saw serta cabaran-cabaran sepanjang hayat baginda. Menjelang waktu asar tazkirah tersebut ditangguhkan dan terus mendirikan solat Asar secara berjemaah. sesudah itu, tetamu dan para peserta dijemput untuk menyantap jamuan yang telah disediakan sebelum majlis bersurai pada jam 5.30 petang. Secara keseluruhannya majlis ini berjaya. terima kasih kepada pihak masjid yang sudi mengadakan program bersama dengan pihak sekolah. Sesungguhnya kami telah dilayan dengan penuh bermakna sekali. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. saesungguhnya yang baik itu datan dari Allah s.b.t dan yang buruk itu atas kesilapan kita sendiri sebagai hambaNya di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment