I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 5 March 2011

Program Gotong Royong Perdana KAFA ( I ) As-Syarif 2011

Pada 26/2/2011, julung-julung kalinya Program Gotong-Royong Perdana berjaya dianjurkan dengan kerjasama banyak pihak. Antaranya, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Jabatan Kerja Raya(JKR), dan dengan bermurah hatinya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Pertubuhan Puteri Islam Malaysia (PPIM) menawarkan diri sebagai sukarelawan dan telah menghantar hampir 30 orang kerana permintaan yang amat tinggi untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. Selain itu, turut mencurah keringat bagi menjayakan program ini, termasuklah ahli Jawatankuasa Pembangunan sekolah yang diterajui oleh Tn. Hj Yunus B mansor juga turut tidak ketinggalan, Ahli Jawatankuasa Sekolah, serta guru-guru dan ibu bapa. Tidak ketinggalan segelintir pelajar yang tidak mahu ketinggalan menyertai program ini.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Tn. Hj Abidin B Basri (Cikgu Bidin) tentang pembahagian tugas serta  merasmikan progaram pada hari tersebut. 
kawasan yang terlibat dengan proses pembersihan ialah surau, bangunan sekolah, kawasan pagar sekolah, selain menanam pokok2 buah-buahan dan membina lanskap-lanskap pokok bunga dan mengecat tembok serta dinding sekolah... 

Manakala Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah Kuala Langat melakukan pembersihan di kawasan tanah kosong di kiri dan kanan kawasan pagar sekolah.

Gotong Royong ditamatkan jam 12.00tgh. Para peserta dihidangkan dengan makanan tengahari yang telah disediakan oleh pihak sekolah sebelum bersurai jam 1.00ptg. 

Pihak sekolah amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada setiap pihak yang memberikan bantuan dan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Semoga apa yang dicurahkan dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling khususnya bagi anak-anak komuniti setempat yang menimba ilmu di institusi ini





No comments:

Post a Comment